My Blog List
Bidang Kebitaraan
undefined
undefined
- BIDANG 1: e-3M
Kecemerlangan e-3M dipilih sebagai program kebitaraan sekolah adalah untuk merealisasikan hasrat untuk mencapai 100% penguasaan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira di kalangan murid.
Selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPP), program ini diharapkan dapat merapatkan jurang pendidikan antara kaum di negara ini amnya dan di sekolah ini khususnya. Dengan adanya program ini, SK Bandar Dua Paloh Hinai dapat melahirkan murid-murid yang menguasai 3M yang tinggi seterusnya mampu bersaing dan berupaya mengikuti arus pendidikan perdana khususnya dapat meningkatkan pencapaian A dalam matapelajaran teras UPSR.
Program Kebitaraan Kecemerlangan e-3M ini melibatkan proses pemasangan komputer dan skrin interaktif di bilik-bilik darjah Tahap Satu iaitu Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3 dan Kelas Pemulihan. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat mengalami pembelajaran secara ‘hands-on’. Kos untuk program ini adalah dianggarkan sebanyak RM265 440.00 Program ini juga diharapkan dapat melonjakkan nama sekolah sebagai tempat rujukan atau ‘bench-mark’ kepada sekolah-sekolah berhampiran bagi kaedah pembelajaran seumpama ini.
Pihak sekolah telah memilih program ini kerana yakin dapat melahirkan 100% murid yang boleh membaca, menulis, dan mengira menjelang akhir 2010 serta mampu merealisasikan 50% murid Asli cemerlang dalam peperiksaan awam UPSR dan PMR.
Pihak sekolah berkeyakinan penuh program Kecemerlangan e-3M dapat menjadi bidang kebitaraan yang boleh menjadi ‘showcase’ di peringkat nasional.
BIDANG 2: ADAT KESEMO
Adat Kesemo (Warisan Asli) dipilih sebagai program kebitaraan sekolah kami setelah dipersetujui berdasarkan kepada usaha-usaha murni untuk mendedahkan murid dan masyarakat kepada seni warisan dan kebudayaan Orang Asli. SK Bandar Dua adalah sebuah sekolah yang unik di mana 50% daripada populasi muridnya adalah terdiri daripada golongan Orang Asli. Program kebitaraan ini melibatkan penyertaan 60 murid dan mengetengahkan persembahan tarian-tarian tradisional masyarakat Orang Asli, terutamanya dari suku kaum Jakun, iaitu Tarian Kelundang, Tarian Pelanduk Jantan dan Tarian Labi-labi.
Arus kemodenan dikhuatiri akan menelan kesenian dan adat warisan yang berharga ini. Maka program kebitaraan ini adalah satu langkah yang baik supaya kesenian dan adat warisan ini tidak luput ditelan zaman dan dapat diperturunkan kepada generasi muda.
Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah diharapkan dapat merealisasikan hasrat kami untuk memperkenalkan kesenian dan kebudayaan Orang Asli kepada bangsa-bangsa lain di dalam dan di luar negara serta dapat melonjakkan nama sekolah dengan lahirnya sebuah pasukan kebudayaan yang bertaraf antarabangsa seterusnya menjadi showcase di dalam usaha memartabatkan kesenian dan kebudayaan Orang Asli.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perhatian!!!! Pautan Disini....
- Portal Rasmi JPA
- Portal Rasmi HRMIS
- Portal Rasmi GOV
- Penilaian Kemahiran IT (ISAC)
- Portak E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
- Portal Rujukan Skim Perkhidmatan Dalam Sektor Awam
- Portal Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
- Portal Peperiksaan Perkhidmatan Awam
- Portal E- SILA
- Semakan Pengiktirafan Kelayakan JPA
- Perpustakaan Jabatan Perkhidmatan Awam