My Blog List

Artikel SKB2

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bertanya mengenai penggunaan komputer kepada sekumpulan murid ketika melawat bilik pameran TeknoIogi Maklumat dan Komunikasi selepas merasmikan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) Sekolah Kebangsaan Bandar Dua, Paloh Hinai, Pekan, Pahang, baru-baru ini.

SEKOLAH Model Khas Komprehensif K-9 merupakan inisiatif bersungguh-sungguh Kementerian Pelajaran untuk merealisasikan pendemokrasian pendidikan dengan menyediakan peluang dan akses pendidikan yang lebih terancang kepada pelajar Orang Asli dan Penan.
Inisiatif tersebut adalah strategi penyelesaian kepada permasalahan merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan masyarakat berbilang etnik, budaya dan sosioekonomi di negara ini.
Sekolah pertama yang dipilih sebagai Sekolah Model Khas Komprehensif K-9 ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Dua, Paloh Hinai, Pekan Pahang yang telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 September tahun lalu.
SK Bandar Dua mempunyai 248 orang pelajar (prasekolah hingga Tahun Enam) dan 16 orang guru termasuk guru besar.
Ia telah dibuka pada tahun 2004, mempunyai empat blok bersambung yang mengandungi 26 buah bilik darjah.
Walau bagaimanapun sekolah itu hanya menggunakan lapan buah bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran.

Bagi melaksanakan Sekolah Model Khas Komprehensif K-9, sebanyak lapan buah bilik darjah diubah suai menjadi sebuah asrama pelajar lelaki (50 orang) dan sebuah asrama pelajar perempuan (50 orang).
Manakala tiga buah bilik darjah lagi diubah suai kepada dua buah bilik warden (lelaki dan perempuan) dan bilik tetamu.
Bilik tetamu tersebut akan digunakan oleh ibu bapa yang perlu bermalam di sekolah sama ada semasa menghantar anak atau semasa melawat anak di sekolah manakala makan minum ibu bapa akan ditanggung oleh pihak sekolah.
Bagi tujuan yang sama, sebuah bilik memasak untuk pelajar asrama disediakan, turut disediakan ialah bilik mandi berasingan untuk pelajar lelaki dan perempuan serta sebuah bilik J-QAF.
Kelengkapan lain yang telah sedia ada di sekolah ini ialah sebuah makmal komputer (13 unit komputer) dan Pusat Akses (10 unit komputer).
Enrolmen Sekolah Model Khas Komprehensif K-9 ini dibahagi kepada empat kategori iaitu pelajar dari kawasan persekitaran atau berdekatan dan pelajar Orang Asli yang tinggal di asrama sekolah kerana rumah mereka jauh dari sekolah.
Turut disenaraikan ialah pelajar Orang Asli yang cemerlang dan dipilih daripada 12 buah sekolah kebangsaan (yang ada pelajar Orang Asli) di daerah Pekan dan pelajar berkeperluan khas.
Pada sesi persekolahan tahun lalu, enrolmen pelajar terbuka kepada semua kategori kecuali pelajar berkeperluan khas.
Sebanyak 22 orang pelajar Orang Asli yang cemerlang memulakan persekolahan pada 1 Ogos 2007.
Pada tahun ini sebanyak 485 pelajar diambil ke sekolah tersebut iaitu sebanyak 25 pelajar prasekolah, 60 (Tahun 1), 60 (Tahun 2), 60 (Tahun 2),60 (Tahun 3), 60 (Tahun 4), 60 (Tahun 5), 60 (Tahun 6), 50 (Tingkatan Satu) dan 50 pelajar tingkatan dua.
Manakala pada tahun 2009, 2010 dan 2011, setiap tahun pengambilan dibuat sebanyak 535 pelajar dengan pengambilan jumlah yang sama bagi setiap tahun akademik selain menambah 50 pelajar di tingkatan tiga bagi tahun-tahun tersebut.
Kementerian Pelajaran juga telah mengenal pasti SK Long Bedian di Miri, Sarawak yang menempatkan pelajar Penan untuk melaksana konsep tersebut.
Sebuah sekolah lagi yang telah dikenal pasti sesuai dan boleh melaksanakan konsep ini ialah SK Lemoi, Cameron Highlands, Pahang yang mempunyai semua pelajar Orang Asli.
Penubuhan Sekolah Model Khas Komprehensif K9 adalah sebagai suatu pendekatan yang relevan dengan permasalahan kadar keciciran dan ketidakhadiran yang tinggi dalam kalangan pelajar Orang Asli dalam usaha memberikan pendidikan rendah dan menengah yang berterusan dan berkualiti kepada kumpulan etnik Orang Asli di pedalaman dan luar bandar.





Wednesday September 12, 2007

Model orang asli school

By ROSLINA MOHAMAD

PEKAN: Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) SK Bandar Dua Paloh Hinai here is set to become a model that tailors to the needs of orang asli children.
The children will be taught from kindergarten right up to Form Three, all under one roof, meaning they can continue their lessons up to Form Three in the same school after completing their six years of primary schooling.
The main objective is to ensure that the orang asli children obtain quality education and do not drop out of school at an early age.
Those who obtain good results will be offered places in a residential or special programme school (Sekolah Rancangan Khas).

 Modern: Najib and Hishamuddin watching students using computers at SRK Paloh Hina 2, in Pekan recently.

If this pilot project works, the concept will be expanded to other areas in the country. SK Bandar Dua Paloh Hinai is also the first model school in the country to be built in a rural area.
Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is also Pekan MP, officially launched it on Sept 8.
Among those present were Deputy Mentri Besar Datuk Tan Aminuddin Ishak, Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, education director general Datuk Alimuddin Md Dom, deputy director general (special education) Azizah Ghani and state education director Abdul Aziz Abdul Latif.
Najib also launched an education programme for the school sponsored by Eastman Chemical Malaysia Sdn Bhd that benefited 24 Year Four orang asli pupils. The company provides computers, tuition classes, motivational talks and organises trips for the school pupils.
The school began this year and has 62 pupils including 22 orang asli children.
When met after the function, Hishammuddin said he was very excited that the project had taken off.
“It is not a cosmetic programme. It means something and you can see the results.
“We know that there are 28,000 orang asli children in schools nationwide, and in Pahang alone, there are 93 orang asli schools including 12 in Pekan.
“By 2010, I am confident that those in the system will be able to enjoy proper education, especially with the involvement of private companies.
“The orang asli children will no longer feel they are not on par with children of other communities,” Hishammuddin said.
He also said the orang asli community had special needs and the model school was tailor-made to meet those needs.
While orang asli parents must be convinced to allow their children to go to school, Hishammuddin said it was equally challenging to make them remain in school.
He also said the ministry planned to extend the concept to some schools in Sarawak as the challenges were even bigger because some of the places there did not have water and electricity supply and buildings were in a dilapidated condition.
Najib, in his speech, described the school as a landmark for modern education in rural areas.
“In our efforts to develop the education system for the orang asli, we must do away with the old style.
“The approach taken now is to make adjustments according to their culture and needs because their requirements are different,” he added.
Najib thanked teachers in orang asli schools for their sacrifice, adding that they must have the determination to carry out their duties as orang asli children were unlike other school-going children.
“Teachers must play their role so that we do not hear of orang asli children running away in the middle of the night,” he added.

Ads by Google

Share

Join Cikgu Blog Networking

click disini untuk laju !!!!

project alpha

adakah anda setuju lelaki lebih bijak dari wanita

Waktu Sekarang

.


ShoutMix chat widget